Saturday 26 February 2011


TAJUK: Sejarah dan Kegiatan Dakwah Ustazah Zauridah bt Ismail

DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU151


DISEDIAKAN OLEH:
Aina Mardhia Bt Khalid
No Matrik : 2010646808  

Kumpulan: ASD2Dn

PROGRAM:
Diploma Sains

TARIKH HANTAR:28 Februari 2011
















ISI KANDUNGAN



1.       Isi kandungan
2.        Abstrak
3.       Pendahuluan
4.        Sejarah hidup
5.        Aktiviti-aktiviti yang di lakukan serta sumbangan
6.       Masalah yang di hadapi
7.       Harapan serta impian
8.        Penutup
9.       Bibliografi
















ABSTRAK

Dakwah mengikut Kamus Dewan Edisi ketiga ialah kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu kepercayaan. Menurut Ensiklopedia Islam dakwah membawa maksud setiap kegiatan yang bersifat menyeru, mengajak dan memanggil orang untuk beriman dan taat kepada Allah s.w.t sesuai dengan garis akidah, syariat dan akhlak Islamiah. Dari segi istilah syara’ pula membawa pengertian yang lebih khusus iaitu seruan atau panggilan ke jalan Allah s.w.t. Dakwah ialah gerakan yang dilancarkan untuk mengajak dan menyeru orang ramai kepada agama. Ianya adalah usaha menyampai, mengajak atau menyeru manusia untuk mengenali Islam, menerima dan menghayatinya. Perkataan dakwah berasal dari bahasa Arab yang mempunyai beberapa pengertian. Antara pengertian dakwah iaitu meninta tolong, beribadat, memandu, menjemput, mengajak, memanggil, menyeru dan melaung. Mengikut pengistilahan ahli dakwah, perkataan tersebut atau yang asalnya dakwah Islamiyyah mempunyai makna yang tersendiri.












PENDAHULUAN

Dengan lafaz bismillah,
Segala pujian ke atas Allah SWT serta ngan Nabi Muhammad SAW.Selawat serta salam dipanjatkan.Ustazah,ustaz atau guru merupakan antara golongan yang terpenting dalam hidup setiap insane di muka bumi ini.Golongon inilah yang memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak.Kehidupan seorang guru tidak lari daripada dugaan iaitu dugaan berhadapan dengan pelbagai jenis masalah sikap yang di hadapi oleh pelajar-pelajar zaman sekarang.Pelajar zaman sekarang dikekang oleh masalah sosial di mana mereka perlulah kuat menempuh pengaruh dari luar.Di sinilah letaknya tugas seorang pendidik untuk mengajar anak-anak ini untuk kuat mengatakan tidak kepada perkara-perkara tidak baik ini.Golongon pendidik ini sangatlah mulia hatinya kerana tidak pernah rasa penat lelahnya berhadapan dengan sikap anak-anak muda sekarang yang tidak ketahuan.Kesabaran yang di tonjolkan oleh pendidik ini sangatlah dikagumi oleh semua.Banyak perkara-perkara baru yang mereka ajarkan tanpa rasa jemu.Mengubah sikap seseorang dari buruk hinggalah suci akhlaknya.Menyeru supaya kita meninggalkan yang buruk serta menegakkan agama Allah.
Menurut Abu ‘Urwah, pengertian dakwah dari segi bahasa membawa maksud menyeru atau memanggil, sama ada kepada perkara yang haq atau batil. Selain itu, Allah SWT berfirman:
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha Suci Allah (dari segala i’tiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain”.
Surah Yusuf (13): 108







SEJARAH HIDUP USTAZAH HAJAH ZAURIDAH BT ISMAIL




Nama yang diberi,Zauridah binti Ismail.Beliau merupakan anak sulung kepada tiga adik beradik.Beliau telah dilahirkan pada 16 november 1966.Hobi beliau ialah membaca buku-buku ilmiah.Antara buku kegemaran beliau ialah buku mengenai sejarawan Islam.Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Mengkuang.Setelah itu,beliau menyambung pelajaran ke Sekolah menengah agama Al-Mashoor.Setelah tamat pelajaran menengah,beliau menyambung pelajaran ke peringkat STPM di Sekolah Mengengah Agama Al-Irshad yang bertempat di Kepala Batas.Setelah Berjaya mendapat keputusan cemerlang di peringkat STPM,beliau menyambung pelajaran ke Universiti Malaya,pengkhususan Usuluddin.Beliau mengambil Ijazah Sarjana Muda Usuluddin di Universiti berkenanaan.Seterusnya,beliau menyambung ke peringkat Sarjana psikologi pendidikan di Universiti Sains Malaysia.Kini,beliau masih meneruskan proses pembelajaran beliau di peringkat PHD Kaunseling Islam di Universiti Utara Malaysia.Beliau mengajar di Sekolah Menengah Tinggi Bukit Mertajam Pulau Pinang sebagai seorang guru pendidikan Islam.Beliau mengajar matapelajaran Tasawwur Islam serta fardhu Ain di Kolej Matrikulasi Mara Kulim.Di samping itu,beliau juga merupakan seorang guru kaunseling.Selain itu,beliau juga telah di naikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Sekolah Menengah Tinggi Bukit Mertajam.

















AKTIVITI-AKTIVITI YANG DI LAKUKAN


Banyak aktiviti yang di lakukan oleh beliau.Beliau merupakan seorang guru yang sangat aktif dan berdedikasi dalam mendidik pelajar-pelajarnya.Beliau kerap kali mengadakan kelas tambahan bagi mata pelajaran Tasawwur Islam.Malah,beliau juga mengadakan kelas fardhu Ain di Kolej Matrikulasi Mara Kulim.Beliau juga banyak mengendalikan kem motivasi.Kem motivasi anjuran beliau pula banyak menekankan mengenai kepentingan agama,kepentingan ilmu serta nasihat kepada pelajar.Beliau banyak menerima jemputan sebagai fasilitator kem motivasi.Beliau juga tidak lepas dari memberi usrah serta tazkirah di sekolah,kelas fardhu Ain,majlis keagamaan serta kem motivasi.Beliau juga banyak melakukan aktiviti kebajikan seperti menziarahi rumah-rumah anak yatim serta rumah warga emas.Beliau mengajar fardhu Ain kepada warga tua di masjid-masjid.Di samping itu,beliau juga terlibat dengan majlis bacaan tahlil di surau,sekolah mahupun masjid.Beliau juga mengajar Al-Quran kepada anak-anak di bawah umur dengan harapan anak-anak tersebut dapat menghafaz Al-Quran dengan lancar di awal usia remaja.














MASALAH YANG DI HADAPI

Setelah lama berkhidmat sebagai seorang pendidik,pendakwah,banyak kekangan yang di hadapi oleh beliau.Antaranya ialah,faktor usia.Usia beliau yang makin meningkat merupakan salah satu kekangan utama bagi beliau.Beliau cuba mengatasi masalah tersebut dengan melakukan senaman supaya badan beliau tidak mudah letih.Beliau juga mengamalkan amalan meminum air suam dengan kuantiti yang banyak bagi mengelakkan penyakit.Pada beliau,tujuan utama beliau berdiri di atas muka bumi ini adalah untuk bangun serta mendidik anak-anak muda ke jalan Allah yang benar.Kekangan kedua ialah dari segi masa.Kerana terlalu banyak jemputan untuk menjadi fasilitator untuk kem motivasi,masa yang beliau ada adalah sangat terhad.Beliau juga Kekurangan masa untuk di luangkan masa bersama keluarga beliau.Beliau juga tidak mempunyai masa yang banyak untuk diri beliau sendiri.Beliau atasi masalah tersesebut dengan membuat jadual waktu peribadi.Kini masa beliau lebih teratur malah beliau juga dapat menyertai lebih banyak aktiviti keagamaan.Seterus nya,beliau juga terpaksa berhadapan dengan pelajar-pelajar yang menghadapi masalah disiplin.Kebanyakan pelajar tidak mudah menerima nasihat yang di berikan.Pelajar zaman sekarang terlalu manja serta suka memberontak.Pelajar kini tidak mahu menerima teguran dengan hati yang terbuka.Setiap teguran yang di beri akan di tolak serta merta serta di langgar.Beliau terpaksa mengingati pelajar-pelajar tersebut berkali-kali sehingga ada kalanya beliau bertindak untuk memberi hukuman ke atas pelajar berkenaan.Namun begitu,prinsip hidup yang masih di pegang oleh beliau iaitu sabar dengan ujian Allah menjadi pegangan utama hidup beliau.Kesabaran yang tinggi amat lah di perlu sebagai seorang pendidik yang berwawasan.Selain itu,banyak masalah yang terpaksa beliau hadapi di sekolah.Lebih-lebih lagi,kini beliau memegang jawatan sebagai penolong kanan hal ehwal pelajar,beliau perlu peka akan masalah disiplin di sekolah.Banyak tuntutan yang perlu beliau tunaikan.Selain itu,beliau juga memberi khidmat kaunseling kepada pelajar yang mempunyai masalah disiplin.Selain itu beliau juga agak risau dengan masalah pembuangan bayi yang kian berleluasa.Beliau terkilan dengan jumlah pembuangan bayi yang meningkat dengan mendadak. Jika dilihat akan peratus jumlah kelahiran anak luar nikah semakin hari semakin bertambah,beliau sangat risau akan apa yang akan berlaku kelak. Persiapan mental, fizikal dan ilmu yang secukupnya amat penting bagi menghadapi hari akan mendatang. Kesan daripada perbuatan keji dan hina remaja sekarang memberi kesan kepada anak-anak mereka yang akan membesar kelak. Anak-anak luar nikah yang semakin hari, semakin membesar sudah pasti mempunyai kekurangan dalam hidup mereka. Mereka yang tidak mempunyai bapa pasti mempunyai masalah peribadi yang tersendiri. Bermulanya alam persekolahan mereka akan bergaul dengan kanak-kanak yang lain yang mempunyai ibu bapa yang lengkap. Golongan yang tidak mempunyai bapa ini pasti mempunyai perasaan rendah diri dan mungkin akan melakukan perkara yang tidak disenangi di sekolah kelak. Terutamanya mereka yang di pusat jagaan kanak-kanak sejak kecil lagi. Perhatian yang sepenuhnya tidak mungkin diperolehi dengan baik kerana masih ramai yang lain perlu diberikan perhatian di pusat jagaan tersebut.Masalah ini sering membelenggu fikiran beliau.Beliau sentiasa mahu lakukan yang terbaik ke atas anak-anak didiknya.Malah,beliau tidak mahu masalah berat ini di timpa anak-anak muridnya sendiri.























HARAPAN DAN IMPIAN

Sudah tentu setiap pedidik mempunyai impian serta harapan yang tinggi ke atas anak-anak didiknya.Harapan yang tinggi menggunung ini sudah tentu di sulungi beserta doa yang tidak putus agar anak-anak didiknya menjadi golongan dewasa yang akan bangun berjuang menegakkan agama Allah AWT yang suci dan murni ini.Harapan utama beliau ialah,beliau mahu pelajar-pelajar nya kuat dari segi rohani.Beliau mahu anak – anak didik beliau taat kepada Allah SWT derta nabi junjungan.Beliau mahu pelajarnya hormat menghormati sesama saudara seagama.Selain itu,beliau mahu kan pelajarnya saling berbudi bahasa serta menggunakan tutur kata yang sopan.Beliau mahu anak-anak didiknya menjadi seorang yang kaya dengan ilmu pengetahuan.Sahsiah diri juga ditekankan oleh beliau.Beliau berharap agar generasi sekarang tidak mudah terpedaya dengan fesyen-fesyen yang banyak di pengaruhi oleh dunia barat.Sesungguhnya aurat di tutup dengan niat suci kerana Allah SWT,bukan sekadar mahu mengikut trend yang banyak menyalah tafsirkan kepentingan menutup aurat.Beliau juga kurang enak melihat anak-anak muda sekarang yang memakai pakaian yang sendat,jarang serta pemakaian selendang yang jarang.Hijjab tersebut juga dipakai dengan tujuan mengikut trend artis.Seperti yang sedia maklum,tujuan utama pemakaian tudung adalah untuk menutup bahagian dada.Namun tudung yang di pakai hanya sekadar menutup rambut.Beliau sangat berharap agar anak-anak muda sekarang akan kuat dan tabah menhadapi peredaran zaman yang moden dan canggih ini.Beliau juga sangat berharap agar anak-anak didiknya dapat membaca Al-Quran dengan lancar serta berjaya menghafal ayat-ayat suci Al-Quran serta tafsirnya.Sesungguhnya Al-Quran lah yang membimbing kita ke jalan yang benar.Tanpa pegangan agama yang kukuh,akhlak akan mudah terpesong.Lalu,jalan yang kotor itulah yang akan menjadi jalan utama hidup.Di usia remaja inilah mereka perlu di bimbing dengan betul kerana di usia remaja ini lah ramai remaja yang terpengaruh dengan rakan-rakan yang berniat jahat.Ibu bapa juga di tuntut agar turut sama membantu mendidik anak-anak.Ibu dan bapa tidak seharusnya terlalu sibuk memikirkan kerja sehinggakan anak di rumah di biarkan tanpa bimbingan.Malah,kebanyakan ibu bapa juga meletakkan tanggungjawab sepenuhnya ke atas guru untuk menjaga anak-anak mereka.Mentaliti seperti ini la yang perlu dibuang.Hal ini adalah kerana,guru tidak mungkin dapat memberi seratus peratus perhatian kepada setiap anak-anak didiknya.Masih ramai lagi anak-anak didik nya yang perlu diberi keutamaan.Oleh itu,sangat lah dituntut supaya ibu bapa turut bersama memberi nasihat kepada anak-anak yang mempunyai masalah.Ibu bapa juga perlu sentiasa memantau setiap pergerakan anak nya.Hal ini adalah bagi mengelakkan masalah sosial di mana kebanyakan remaja mula menjejakkan kaki ke lembah kemaksiatan tanpa pengetahuan kedua ibu dan bapa mereka.Berbalik kepada harapan beliau seterusnya,beliau berharap agar masyarakat akan berpaling kepada Allah SWT.Masyarakat juga seharusnya lebih giat menganjurkan kegiatan yang berunsur keagamaan.Sesi tazkirah di surau juga seeloknya di hadiri oleh setiap golongan masyarakat agar proses dakwah dapat digiatkan dengan aktif lagi.Beliau juga berharap agar anak-anak taat kepada kedua ibu keluarga mereka.Anak-anak tidak derhaka kepada kedua ibu dan bapa mereka.Belajar bersugguh-sungguh serta berbakti kepada kedua ibu bapa mereka.Jadi pemimpin Negara yang patuh kepada Allah yang Esa,Rasulullah SAW,kedua ibu dan bapa serta rakan-rakan.Tidak mudah mengalah serta bangun menegakkan agama Allah.Hindari tanggapan negative serta mulakan hidup baru.Solat lima waktu juga tidak di tinggalkan sewenang-wenang nya.Tunaikan lima rukun Islam.Jadilah golongan yang bermutu dan celik akal.
























PENUTUP

Alhamdulillah,Akhir kata,sekurang-kurang walaupun bukan bergelar ustaz -ustazah, guru-guru masih boleh menyampaikan perkara-perkara mudah berkaitan islam kepada pelajar. Inilah dikatakan kesan pendidikan sekular. Agama dipisahkan daripada subjek lain sehinggakan guru-guru tidak merasakan tanggungjawab mereka membentuk akhlak ummah. Bukan hanya mengajar untuk habis silibus sahaja tetapi mendidik dengan fikrah-fikrah Islam agar generasi akan datang tidak terus hanyut dibawa arus permodenan.Sesungguhnya generasi muda inilah yang akan menjadi tiang Negara kelak.Tanpa asas agama yang kukuh,sudah pasti matlamat Negara tidak tercapai.Malah,lebih banyak masalah sosial yang akan melanda masyarakat kita kelak.

Walau apapun subjek yang di ajar, persiapkan diri dengan ilmu-ilmu akhirat yang boleh dijadikan bekalan buat anak didik kelak. Persiapkan diri sebaiknya, selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Ini adalah kerana segalanya telah termaktub. Sesungguhnya,tugas membentuk ummah bukan lah hanya tugas seorang ustaz dan ustazah sahaja tetapi telah ditaklifkan kepada manusia yang bergelar Islam. Sebagai khalifah dimuka bumi Allah ini, sebagai pendakwah dan sebagai hamba yang mengabdikan diri kepada Allah. Jangan hanya sibuk mencari keredhaan manusia sahaja, cari keredhaan Allah yang kekal selamanya-lamanya.

Ayuh bangkit lah wahai pembentuk UMMAH. Tugas ditangan adalah sangat bermakna buat agama Islam. Kerana didikan kita semua, kita lah yang bakal membentuk sebuah ummah yang kuat dan mampu mengikut landas-landas berdasarkan Al-Quran dan Sunnah. Tugas ini bukan hanya kepada ustazah atau guru tetapi kepada kedua-duanya sekali dan semua insan yang bergelar guru.
Ucapan Alhamdulillah di panjatkan kepada Allah SWT kerana akhirnya saya telah Berjaya menyiapkan tugasan ini.Seterusnya ucapan terima kasih di ucapkan kepada Ustazah Hajah Zauridah yang banyak member informasi serta nasihat.Jangka masa yang lama juga turut diluangkan bersama.Terima kasih kepada kedua ibu bapa saya kerana meredhai perjalanan hidup saya di UITM ini.Akhir sekali,terima kasih buat rakan yang turut membantu saya menyiapkan blog ini.



 BIBLIOGRAFI
Teuku Iskandar, Dr. 1996. Kamus Dewan Ed.3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm: 263
Ensiklopedia Islam. 1994. Cet. 3. J.1. Jakarta: PT Ichtiar Baru Van Hoeve. Hlm: 280.